Strategi Efektif Pengurusan Modal Kontrak Pasaran Hadapan Minyak Sawit

Loading Events

« All Events

Strategi Efektif Pengurusan Modal Kontrak Pasaran Hadapan Minyak Sawit

May 7 @ 8:30 pm - 10:00 pm SMT

Pengurusan modal dalam perdagangan, sering dirujuk sebagai pengurusan risiko, adalah aspek kritikal untuk mencapai kejayaan jangka panjang dalam perdagangan. Ini melibatkan strategi dan teknik yang bertujuan untuk memelihara dan mengoptimumkan modal dagangan anda.

Dalam webinar ini, kami akan meneroka matlamat pengurusan modal dan kepentingannya. Anda akan belajar bagaimana untuk menguruskan risiko dagangan dan melindungi pelaburan anda untuk memastikan bahawa kerugian tidak menghapuskan keseluruhan akaun anda. Selain itu, anda juga akan belajar cara menilai potensi ganjaran terhadap risiko sebelum memasuki perdagangan dan bagaimana menggunakan jurnal perlaburan untuk meningkatkan pengurusan modal anda.

Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:

✅  Pengenalan kepada pengurusan modal.

✅ Matlamat pengurusan modal dan kenapa ianya penting.

✅ Memilih produk yang sesuai dengan matlamat .

✅ Risiko dan ganjaran yang anda perlu tahu dalam dunia FCPO.

✅ Jurnal pelaburan dalam pengurusan modal yang tak ramai orang amalkan.

 

Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia and dikendalikan oleh Axcelearn.

(Webinar ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.)

.

Speakers
Syamil Pakri

Speaker Profile

  • Syamil adalah seorang Marketing Representative daripada RHB Investment Bank.
  • Beliau berfokus kepada pasaran komoditi meliputi produk Minyak Sawit Mentah (FCPO), Minyak Soya (ZL), dan Minyak Mentah (CL).

 

Details

Date:
May 7
Time:
8:30 pm - 10:00 pm SMT
Website:
www.axcelearn.com

Venue

Online

Organizer

Bursa Malaysia
View Organizer Website