Manfaat Penggunaan Leverage dalam Perdagangan FCPO

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Manfaat Penggunaan Leverage dalam Perdagangan FCPO

February 18 @ 8:30 pm - 10:00 pm SMT

Perdagangan niaga hadapan menawarkan kelebihan unik berbanding perdagangan saham, terutamanya melalui penggunaan leverage. Leverage membolehkan anda mengawal posisi kontrak nilai yang lebih besar dengan pelaburan yang lebih kecil, ia membolehkan pedagang memaksimumkan pulangan dengan modal yang lebih rendah.

Dengan penggunaan leverage, perubahan harga kecil boleh membawa potensi pulangan besar. Contohnya, dalam perdagangan FCPO (Futures Minyak Sawit Mentah), pergerakan harga yang sederhana sekalipun boleh membawa kepada pulangan yang besar—jika diurus dengan betul.

Nanum begitu, untuk benar-benar memanfaatkan leverage, pastikan anda memahami cara ia berfungsi dan mengurus margin dengan teliti. Tanpa pengurusan yang betul, risiko leverage boleh melebihi ganjaran yang diperoleh. Strategi yang jelas dan pelan pengurusan risiko adalah kunci untuk meminimumkan kerugian.

Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:
✅ Apakah itu leverage dan bagaimana ianya berfungsi di dalam perdagangan niaga hadapan.
✅ Kelebihan dan risiko penggunaan leverage yang tinggi dalam FCPO.
✅ Pengurusan margin dan cara untuk elak margin call.
✅ Contoh pengiraan leverage dalam perdagangan FCPO.

 

Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dan dikendalikan oleh Axcelearn.

(Webinar ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.)

.

Speakers
Nor Azam

Speaker Profile

  • Pengasas kepada komuniti Markets Maverick.
  • Wakil Pemasaran untuk Futures dan Stock.
  • Terlibat di dalam dunia pelaburan sejak dari 2009, dan berjinak dengan pasaran bursa sejak dari 2011.
  • Berpengalaman dalam pelaburan saham dan juga pasaran kontrak minyak mentah kelapa sawit.
  • Telah melatih lebih dari 3000 pedagang sejak 2017.

Details

Date:
February 18
Time:
8:30 pm - 10:00 pm SMT
Website:
www.axcelearn.com

Venue

Online

Organizer

Bursa Malaysia
View Organizer Website