Pengenalan kepada Analisis Pitchfork

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Pengenalan kepada Analisis Pitchfork

January 7 @ 8:30 pm - 10:00 pm SMT

Dalam dunia analisis teknikal, Pitchfork adalah salah satu alat yang paling unik namun jarang digunakan oleh pedagang. Walaupun ia mungkin tidak digunakan sepopular indikator lain, Analisis Pitchfork menawarkan wawasan yang luar biasa dalam meramalkan pergerakan pasaran dengan membantu anda mengenalpasti tahap sokongan dan rintangan yang penting.

Ia dipanggil Pitchfork kerana bentuknya yang jelas menyerupai garpu dengan tiga cabang pada carta. Tetapi di sebalik penampilannya terdapat kaedah yang dapat dengan cepat mendedahkan garis tren penting dan titik pembalikan (reversal).

Sama ada anda seorang pemula yang mencari alat yang boleh dipercayai atau seorang pedagang berpengalaman yang ingin menambahbaik strategi anda, Analisis Pitchfork dapat memberikan anda pandangan yang jelas tentang titik masuk (entry) dan keluar (exit) yang berpotensi, dan juga meningkatkan keyakinan anda dalam membuat keputusan dagangan.

Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:

✅ Pengenalan kepada Analisis Pitchfork dan asal-usulnya.

✅ Struktur dan komponen Pitchfork.

✅Panduan langkah demi langkah untuk melukis Pitchfork, memfokuskan kepada memilih titik pangsi (A, B dan C).

✅ Cara menggunakan Pitchfork untuk mengenalpasti zon sokongan dan rintangan yang berpotensi.

 

Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dan dikendalikan oleh Axcelearn.

(Webinar ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.)

.

Speakers
Akmal Aizuddin

Speaker Profile

  • Marketing Representative bagi pasaran ekuiti dan pasaran niaga hadapan.
  • Pakar dalam perdagangan dan tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam pasaran niaga hadapan.
  • Lebih daripada 11 tahun pengalaman dalam pasaran niaga hadapan dan telah melatih lebih 1000 perserta dalam analisis teknikal.
  • Teknik utama yang digunakan untuk trading: Market Structure, Analisis Andrew Pitchfork, Corak Harmonik, dan Kitaran Masa Sexagesimal.
  • Kerap dijemput sebagai penceramah, memberi panduan kepada individu yang berminat untuk mendalami Teknik perdagangan secara professional.

Details

Date:
January 7
Time:
8:30 pm - 10:00 pm SMT
Website:
www.axcelearn.com

Venue

Online

Organizer

Bursa Malaysia
View Organizer Website