Semasa berlaku kegawatan ekonomi, banyak pasaran yang merudum dan seterusnya mengakibatkan kerugian kepada pelabur pasaran sehala seperti pasaran Saham.
Namun, tahukah anda melalui Pasaran Niaga Hadapan yang bersifat dua hala, anda mampu menjana keuntungan semasa pasaran menaik dan juga semasa pasaran menurun.
Strategi mengunci nilai melalui “hedging” juga biasa dilakukan oleh pemain industri besar bagi mengelakkan kerugian. Apa yang menarik, strategi tersebut juga boleh dilakukan oleh pedagang runcit dengan menggunakan aplikasi yang hampir sama.
Kaedah ini memberikan “Risk Reward Ratio” yang baik dan pedagang mampu
mencapai matlamat utama dalam dagangan dan pulangan yang stabil walaupun semasa ekonomi gawat.
Dalam sesi ini anda akan mempelajari:
- Jenis-jenis Pasaran Niaga Hadapan
- Kesan Ekonomi Global Terhadap Pasaran Niaga Hadapan
- Kelebihan Pasaran Dua Hala
- Strategi Pembahagian Modal Secara Optimum
- Strategi Dagangan Dua Hala
- Alternatif Perlindungan Modal Dalam Pasaran Niaga Hadapan
.