Prinsip Gelombang Elliott Dan Aplikasinya Di Dalam Pasaran Niaga Hadapan

Loading Events

« All Events

Prinsip Gelombang Elliott Dan Aplikasinya Di Dalam Pasaran Niaga Hadapan

July 30 @ 8:30 pm - 10:00 pm SMT

Anda mungkin pernah mendengar tentang apa itu teori Elliott Wave tetapi tidak pasti bagaimana ini boleh melengkapkan dagangan niaga hadapan anda? Teori Gelombang Elliott adalah salah satu alat analisis teknikal yang digunakan untuk meramalkan pergerakan harga dengan memerhati dan mengenal pasti pola gelombang yang berulang.

Selain itu, anjakan Fibonacci juga merupakan satu bentuk alat yang biasa digunakan bersama dengan gelombang Elliott. Anjakan Fibonacci adalah popular di kalangan komuniti perdagangan kerana ia biasanya digunakan untuk meramalkan potensi harga masa depan dalam pasaran kewangan. Jika digunakan dengan betul, anjakan dan nisbah Fibonacci boleh membantu pedagang mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan yang akan datang berdasarkan tindakan harga yang lalu.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai webinar ini kerana penceramah akan berkongsi dengan anda asas-asas Elliot Wave dan urutan Fibonacci.

Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:

✅ Asas-asas kepada Elliott Wave.

✅ Dua gelombang utama yang perlu anda tahu: Gelombang Motif dan Gelombang Pembetulan.

✅ Asas kepada pembentukan gelombang.

✅ Urutan Fibonacci dan aplikasinya di dalam perdagangan.

 

Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia and dikendalikan oleh Axcelearn.

(Webinar ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.)

.

Speakers
Mohd Ameruddin Bin Ahmat

Speaker Profile

  • Merupakan tenaga pengajar untuk Saham dan FCPO di Trader Jalanan Academy
  • Pemegang sijil professional MSTA dan CFTe
  • Graduan perubatan daripada University College Dublin dan RCSI/UCD Malaysian Campus, namun sekarang merupakan Full Time Trader dan Marketing Representative untuk Mplus, Phillip Futures dan Interpacific

Details

Date:
July 30
Time:
8:30 pm - 10:00 pm SMT
Website:
www.axcelearn.com

Venue

Online

Organizer

Bursa Malaysia
View Organizer Website