Swing trading adalah satu gaya perdagangan yang bertujuan untuk memperoleh keuntungan dalam jangka pendek hingga sederhana. Tidak seperti day trading (di mana posisi dipegang untuk satu hari) atau pelaburan jangka panjang (yang merangkumi bulan atau tahun), Swing trader biasanya memegang posisi lebih daripada satu hari tetapi tidak lebih daripada beberapa minggu atau beberapa bulan.
Dalam swing trading, trader menggunakan pelbagai alat dalam teknikal analysis dan pengurusan risiko untuk mendapat keuntungan daripada pergerakan harga jangka pendek hingga sederhana. Sama ada anda seorang trader yang berpengalaman atau baru bermula, memahami swing trading boleh meningkatkan set kemahiran anda untuk menavigasi dunia dinamik pasaran kewangan.
Sertai webinar ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Intraday dan Swing trading. Anda juga akan memahami risiko yang terlibat dengan Swing trading, serta strategi yang akan membantu anda menjadi Swing trader yang berjaya.
Dalam webinar 1.5 jam ini, anda akan mempelajari:
✅ Perdagangan Intraday vs Swing: apakah perbezaan di antara keduanya?
✅ Risiko Swing trading yang perlu anda tahu.
✅ Strategi-strategi untuk membantu anda berjaya menjadi seorang pedagang Swing.
Webinar ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia and dikendalikan oleh Axcelearn.
(Webinar ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.)
.