Ramai pelabur dan pedagang di pasaran saham ingin mempelbagaikan risiko portfolio saham mereka di Malaysia, tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Mereka masih tidak menyedari bahawa perdagangan Pasaran Niaga Hadapan dapat membantu mereka mencapai banyak kelebihan seperti manfaat dari kepelbagaian (diversification) dan meningkatkan pulangan pelaburan.
Dengan panduan lengkap dari A hingga Z, program ini sesuai untuk pelabur yang ingin memulakan perdagangan Pasaran Niaga Hadapan mereka di Malaysia. Di sini, anda akan belajar bagaimana membuat portfolio pelaburan yang kukuh, mempelbagaikan risiko dan meningkatkan pulangan pelaburan.
Melalui online workshop selama 3 jam ini, anda akan belajar:
✅ Cara menerapkan Pasaran Niaga Hadapan dalam perdagangan kedua-dua pasaran ‘bull’ dan ‘bear’.
✅ Kelebihan perdagangan Pasaran Niaga Hadapan vs perdagangan saham.
✅ Memahami penggunaan pelbagai jenis ‘Order’ dalam perdagangan Pasaran Niaga Hadapan.
✅ Cari trend pasaran di Pasaran Niaga Hadapan dan kelebihannya.
✅ Rasai pengalaman perdagangan sebenar dengan berlatih melalui Simulasi Dagangan Pasaran Niaga Hadapan.
Online workshop ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia dan dikendalikan oleh Axcelearn.
Online workshop ini terhad kepada 50 peserta sahaja.
(Online workshop ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.)
.